FIKIRLAH SENDIRI…

Pernahkah Anda Menyampaikan Ajaran Islam (Dakwah) Kepada Rakan-Rakan Kita Yang Bukan Islam?
“Bayangkanlah suatu hujung minggu, kita pergi berkelah bersama keluarga di tanah tinggi seperti di Genting Highland (tanpa singgah di kasino). Bila sampai di puncak yang paling tinggi, kita pun menghamparkan tikar dan mula menjamu selera bersama-sama keluarga. Dalam kelekaan kita makan dan minum, anak kita yang berumur 2 tahun telah berlari-lari sampai ke hujung tebing; dihadapannya adalah jurang yang cukup dalam. Na’uzubillah, cuba bayangkan anak atau adik kita yang berumur 2 tahun berada dalam situasi itu. Cemas tak? Betul-betul sebelah anak kita ada seorang lelaki dewasa yang sihat dan waras. Apa yang perlu dilakukannya adalah hulurkan tangan dia dan pegang anak kita, InsyaAllah anak kita akan selamat. Tetapi lelaki tadi tidak endahkan anak kita dan anak kita melangkah lagi ke depan,lalu jatuh kedalam gaung dan mati. Ketika itu adakah kita akan ucapkan terima-kasih kepada lelaki itu, kerana tidak masuk campur dalam urusan orang lain? Tidak, kita akan salahkan dia kerana tidak mahu menolong anak kita. Kita akan tuduh lelaki itu sebagai seorang yang sangat kejam.
Sebenarnya kitalah orang-orang Islam yang memegang watak lelaki yang kejam tadi. Kita ada ramai kenalan bukan Islam seperti rakan kerja, kawan jiran dan sebagainya tetapi kita tak pernah buka mulut kita untuk menyampaikan mesej Islam. Kita biarkan sahaja mereka mati dalam keadaaan kafir. Di akhirat nanti mereka akan mengadu kepada Allah dan menarik kita sama-sama masuk ke neraka, na’uzubillah. Apakah alasan yang akan kita berikan pada Allah ketika itu? Marilah kita sama-sama bangun dan sampaikan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam

Sebagai muslim, kita tidak boleh memandang mereka dengan perasaan jijik dan berbangga-bangga dengan kelebihan kita yang dilahirkan islam. Ingatlah peristiwa syaitan laknatullah yang enggan sujud kepada Adam ketika diperintahkan Allah, berbangga diri kerana diciptakan dari api. Janganlah berbangga diri tapi kita perlulah bersyukur dan merendah diri kerana kita juga tidak mampu memilih untuk lahir dalam keluarga Islam, dan ketika menerangkan Islam kepada mereka perlulah dilakukan secara berhikmah dan berakhlak.

Kita sampaikan ajaran Islam yang benar agar sekurang-kurangnya mereka dapat faham Islam itu dengan yang betul, bukannya Islam yang digambarkan oleh musuh-musuh Islam dan oleh umat islam yang jahil sebagai Islam itu zalim, kejam, mengongkong, Islam yg ini tak boleh itu tak boleh dan sebagainya.
Bagi mereka faham Islam yg sebenar dan jelaskan yang Islam itu indah, mudah dan lagi memudahkan, pun dah cukup. Tapi kalau dengan pemahaman itu membuat hati mereka terbuka kopada Islam, Ahamdulillah!

“Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.”

(Al-Ankabut:46)

 

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: