Utama > Uncategorized > AKHLAK TASAWUF

AKHLAK TASAWUF

PY1192-_Hubungan_Akh-Tasawuf

PENGENALAN

BIODATA TOKOH AKHLAK TELADAN

NABI MUHAMMAD S.A.W.

Nabi Muhammad s.a.w. telah dilahirkan di Makkah, Arab Saudi pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M) pada tahun gajah. Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Nabi muhammad s.a.w.  berasal dari keturunan Nabi Ismail iaitu anak kepada Nabi Ibrahim.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat (ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa’adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun.

Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

AKHLAK  NABI  MUHAMMAD  S.A.W.

Nabi Muhammad s.a.w.  adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan turunnya ayat Al-Quran iaitu dari Surah Al-Anbiya, ayat 107 :

 وما أرسلنك الا رحمة للعلمين (107)  

“Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad s.a.w.  percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerap kali ke Gua Hira’, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya.

Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.

Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira’, Malaikat Jibril mendatangi Nabi Muhammad s.a.w. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, “Saya tidak tahu membaca”. Jibril mengulanginya sebanyak tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah dibahagi kepada dua bentuk. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah mahupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).

Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau.

Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Rasulullah, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu kita tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.

 Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ  

“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”

خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ

“Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)”

Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas kepada suruhan yang dilakukannya, agar kita mengikutinya.

Dr. Ratna Roshida Abdul Razak, pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM memetik pendapat Za’ba  yang mengatakan bahawa, ‘Antara masalah utama bangsa Melayu ialah suka mencampuradukkan ajaran Islam dengan kepercayaan lain seperti anamisme dan ajaran Hindu’. Semua ini berpunca daripada kegagalan bangsa Melayu menghayati ajaran al-Quran dan Hadis. Islam yang difahami oleh bangsa Melayu tidak mencakupi aspek kesejahteraan hidup sama ada di dunia atau akhirat.

Kita semua tahu dan  percaya semua orang Islam mengakui bahawa Nabi Muhammad mempunyai akhlak yang terpuji dan perlu dicontohi. Meskipun ada orang Barat yang melihat akhlak Nabi dari sudut lain, yang banyak memaparkan akhlak yang buruk-buruk sahaja tentang Nabi. Namun hanya kita sebagai umat islam yang benar-benar tahu bagaimana mulianya akhlak Nabi Muhammad s.a.w..

Dalam kamus Al Muhith, akhlak menurut bahasa adalah tabiat, watak, harga diri dan agama. Ia merupakan gambaran batin seseorang, yang meliputi jiwa, sifat-sifat jiwa dan makna-makna khusus dari jiwa tersebut. Jika akhlak atau moral berkaitan rapat dengan batin, maka kesan  lahirnya adalah perilaku. Akhlak yang baik akan mencerminkan perilaku yang baik  dan sebaliknya akhlak yang buruk akan mencerminkan prilaku yang buruk. Jadi, baik atau buruknya perilaku kehidupan manusia sangat tergantung pada hati yang ada di balik dadanya. Dan inilah yang menjadi modal utama bagi keutuhan sebuah bangsa. Semua ini dapat kita temui pada akhlak Rasulullah s.a.w..

 

SIKAP PEMAAF NABI MUHAMMAD S.A.W.

 

Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai sifat pemaaf yang sangat tinggi dan tidak dapat ditandingi oleh makhluk Allah yang lain.Salah satu peristiwa yang menarik bila menyentuh tentang akhlak nabi itu, apabila adanya peristiwa seorang Badwi yang kencing di masjid. Hal ini menimbulkan kemarahan orang Islam ketika itu. Tetapi nabi sendiri dengan penuh berhemah, menasihati agar mereka bersabar, malah nabi sendiri mengambil air dan membersihkan tempat yang dicemari najis itu. Jika jita hayati dan sama-sama fikirkan, tidak aka nada orang yang berpengaruh dan mulia pada zaman sekarang ini yang sanggup melakukan hal yang sama sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kerana bimbang akan dipandang hina dan rendah di sisi masyarakat. Begitulah besarnya perbezaan akhlak mulia Nabi Muhammad s.a.w. dengan umatnya yang lain.

Banyak lagi peristiwa yang menggambarkan bagaimana nabi begitu penyabar orangnya. Jika kita ingat kembali sejarah peperangan Uhud yang mengorbankan ramai umat islam, pasti kita akan mengalirkan air mata dan tidak dapat menerima serta melepaskan orang yang telah melakukan kekejaman ke atas mayat para shuhada. Meskipun peristiwa itu sudah lama berlalu, tapi kita masih tidak dapat menerima kematian begitu ramai muslimin yang berjuang untuk agama Allah ini.

Tidak hairanlah, apabila Nabi melihat jenazah bapa saudaranya Hamzah yang diperlakukan dengan kejam oleh Hendon, sampai Nabi berkata:

“Takkan pernah ada orang mengalami malapetaka seperti kau ini. Belum pernah aku menyaksikan suatu peristiwa yang begitu menimbulkan amarahku seperti kejadian ini.” Lalu katanya lagi: “Demi Allah, kalau pada suatu ketika Tuhan memberikan

kemenangan kepada kami melawan mereka, nescaya akan kubalas mereka dengan cara yang belum pernah dilakukan oleh orang Arab.”

Dalam kejadian inilah, Allah telah berfirman.  

6                                                                             

“Dan kalau kamu mengadakan pembalasan, balaslah seperti yang mereka lakukan terhadap kamu. Tetapi kalau kamu tabah hati, itulah yang paling baik bagi mereka yang berhati tabah (sabar). Dan hendaklah kau tabahkan hatimu, dan ketabahan

hatimu itu hanyalah dengan berpegang kepada Tuhan. Jangan pula engkau bersedih hati terhadap mereka, jangan engkau bersesak dada menghadapi apa yang mereka rencanakan itu.” (Qur’an, 16: 126 – 127)

Lalu Rasulullah memaafkan mereka, ditabahkannya hatinya dan ia melarang orang melakukan penganiayaan. Diselubunginya jenazah Hamzah itu dengan jubahnya lalu disembahyangkannya.

Ketika Nabi Muhammad berjaya kembali menguasai Makkah, beliau tidak mencari pembunuh bapa saudaranya untuk membalas dendam di atas penyiksaan yang dilakukan ke atas mayat bapa saudaranya Hamzah. Namun, Nabi Muhammad s.a.w. telah melakukan sebaliknya.

Ketika itu Nabi benar-benar berdiri di depan pintu Kaabah dan berkata kepada penduduk Mekkah:

“Orang-orang Quraisy. Menurut pendapat kamu, apa yang akan kuperbuat terhadap kamu sekarang?”

“Yang baik-baik. Saudara yang pemurah, sepupu yang pemurah.” jawab mereka.

“Pergilah kamu sekalian. Kamu sekarang sudah bebas!” katanya.

Dengan ucapan itu maka Nabi Muhammad s.a.w.  telah memberikan pengampunan umum (amnesti) kepada penduduk Quraisy dan seluruh masyarakat Mekkah.

Alangkah indahnya akhlak Rasulullah s.a.w. apabila beliau memberi pengampunan kepada semua orang yang dahulunya telah sama-sama berkomplot untuk membunuh dan mencederakannya. Padahal, nabi sudah mengenal pasti individu terbabit dan baginda juga mempunyai kuasa untuk menghukum orang-orang yang dahulunya telah berbuat jahat kepadanya dan sahabat serta ahli keluarganya. Inilah yang dikatakan sikap kemuliaan yang ada pada diri Rasulullah yang memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan perbuatan serta tidak dapat ditandingi oleh makhluk lain.                                                                                                 7

SIFAT-SIFAT TERPUJI BAGINDA YANG LAIN

 Rasulullah s.a.w. adalah insan pilihan, utusan terakhir yang diutus untuk menyampaikan risalah Ar-Rahman keseluruh alam. Baginda adalah contoh teladan yang terbaik dan sememangnya menjadi ikutan dalam kehidupan muslim pada hari ini. Keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. dibuktikan dalam Al-Quran melalui firman-Nya dalam surah al-Ahzab ayat 21 :

لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخر وذكر الله كثيرا (21)

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w. itu suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari Kiamat dan yang banyak mengingati Allah.”

Berdasarkan dalil yang dinyatakan di atas, dapat dibuktikan bahawa keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. telah diiktiraf oleh Allah SWT sehingga dirakamkan di dalam kitab suci al-Quran untuk dijadikan teladan mahupun “role model” kepada umat baginda dari dahulu hinggalah sekarang, kerana segala yang termaktub dalam al-Quran itu adalah kekal dan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman.

Petikan kenyataan “Akhlak Rasulullah adalah al-Quran” merupakan kata-kata yang diungkapkan sendiri oleh Saidatina Aisyah r.a. sebagai penghargaan dan kekaguman seorang isteri terhadap Rasul tercinta.

Akhlak Rasulullah s.a.w., diumpamakan indah bagaikan Al-Quran, ini kerana baginda adalah Rasul (utusan Allah) yang dipilih untuk menyampaikan amanat dari Tuhannya dan melaksanakan tanggungjawab menyampaikan risalah dakwah kepada seluruh alam, sehinggalah ke hari ini. Kita dapat merasakan seruan dakwah baginda dengan nikmat iman dan Islam yang menjadi tunjang akidah kita, dibuktikan lagi dengan turunnya kitab suci al-Quran yang

8

merupakan kalam Allah dan mukjizat yang paling berharga dianugerahkan kepada baginda Rasulullah s.a.w., melalui perantaraan malaikat Jibrail, juga merupakan sumber utama perundangan Islam, di mana di dalamnya terkandung seluruh peraturan hidup yang syumul meliputi seluruh aspek kehidupan dan tetap menjadi rujukan seluruh umat manusia pada hari ini.

Akhlak Rasulullah s.a.w. seiring dan sepadan seperti mana yang digariskan oleh Allah SWT di dalam ayat-ayat-Nya, yang menjadi tatapan pada umat terdahulu dan menjadi teladan kepada umat yang kemudian. Sesungguhnya, beruntunglah umat Nabi Muhammad pada hari ini, sungguhpun tidak berada di zaman baginda, namun sunnah dan sirah baginda tetap tersemat di hati, lantaran kecintaan terhadap Allah dan Rasulnya serta beriman dan menyakini apa yang di bawa oleh baginda Rasulullah s.a.w..

Rasulullah s.a.w.adalah qudwah hasanah yang tidak dapat ditandingi lantaran peribadinya yang terpuji dan dikagumi sendiri oleh kawan mahupun lawan. Manakan tidak, Rasulullah tetap melemparkan senyuman tatkala dicaci, dihina dan dipersenda oleh musuh-musuh Islam sewaktu baginda menyampaikan risalah dakwahnya. Malahan, baginda sentiasa merendah diri, berbicara dengan lemah lembut dan untuk menarik mereka mendekati Islam.

Peribadi Rasulullah s.a.w. sungguh anggun dan menawan, sungguhpun bergelar nabi, namun baginda sedikit pun tidak menyombong dan tidak  riya’ dengan kedudukannya yang sangat mulia di sisi Allah SWT. Tidak seperti kebanyakan pemimpin pada hari ini, yang angkuh dan bongkak dengan gelaran, pangkat dan jawatannya yang hanya sementara sahaja. Baginda Rasulullah s.a.w. merupakan seorang sahabat dan teman yang setia, seorang suami yang mithali dan lembut hati, seorang bapa yang penyayang dan penyabar, seorang pemimpin yang adil, bijaksana dan berkarisma juga hamba yang wara’ dan tawadhuk serta taat kepada Allah SWT.

Keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. sesuai dengan gelaran yang di bawa, iaitu al- amin yang bermaksud yang dipercayai, dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai pembawa risalah dan memberi petunjuk dan jalan dari perkara kemungkaran kepada kema’rufan, perkara batil kepada yang haq, dan kejahilan kepada cahaya.

9

Rasullah s.a.w. diutus pada zaman Jahiliyyah di mana umat manusia pada ketika itu hidup dalam keadaan kemunduran, kejahilan, persengketaan, penindasan, porak- peranda dan saling berbunuhan. Oleh yang demikian, turunlah ayat Allah dalam Surah Ibrahim ayat 4 yang bermaksud:

“Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, agar dia dapat memberi penjelasan kepada mereka. Maka Allah menyesatkan kepada siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dia Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”

Justeru itu, perlantikan dan pemilihan baginda sebagai Rasul utusan Allah adalah membawa tanggungjawab besar untuk memperbetulkan keadaan masyarakat pada ketika itu, dan menunjukkan sinar kebenaran ke arah hidup yang diberkati Allah.

Demikianlah, besarnya peranan baginda sebagai penghulu sekalian nabi, pemimpin pejuang Islam, dan penyelamat sekalian ummat. Ini disebutkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya dalam surah Saba’ ayat 28 yang bermaksud:

“Dan tidaklah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”

Sungguhpun tanggungjawab baginda terlalu berat dan amat susah, Rasulullah tetap bersabar dan istiqamah dalam perjuangannya menyampaikan risalah dakwah hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir. Inilah bukti kasih sayang baginda terhadap umatnya. Meskipun berhadapan dengan saat ajal datang menjemput, baginda sentiasa mengingati umatnya, dengan kata-kata terakhir yang keluar dari mulut baginda: “Ummati, ummati, ummati…” (Umatku, umatku, umatku).

Rasulullah diutus membawa cahaya, memberi sinar pengharapan, dan menunjuk jalan kebenaran kepada seluruh umat manusia. Keperibadian baginda tidak dapat disangkal lagi, keluhuran hati baginda juga tidak dapat diragui, keikhlasan baginda tidak dapat ditandingi, dan pemergian baginda tiada lagi pengganti.

10

Sungguhpun kita tidak dapat menjadi sesempurna nabi, tetapi kita boleh berazam untuk memperbaiki akhlak dan peribadi kita supaya sentiasa menyerupai akhlak dan peribasi Nabi. Sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita, dan Dia sentiasa menolong hamba-Nya yang suka kepada kebaikan.

KESIMPULAN

 Akhlak dan sirah perjalanan yang ditunjukkan oleh Rasul s.a.w  adalah sebagai contoh teladan yang dapat mendidik diri dan peribadi Muslim agar sentiasa beriman dan bertakwa,  Ini kerana setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan tingkah laku Baginda mengandungi hikmat dan sebagai huraian kepada prinsip-prinsip yang terkandung didalam Al-Quran . maka sudah tentu, setiap perkataan dan tindakan kita yang berpandukan akhlak dan sirah perjalanan Baginda, tidak akan terpesong atau tersasar dari landasan agama dan tuntutan syariat .

Di antara akhlak Baginda Rasulullah s.a.w  yang perlu dicontohi :   Baginda sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang ditemui . Baginda sangat menghormati orang-orang tua, mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak . Baginda bercakap dengan lemah lembut dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya .Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan tidak merasa terhina bergaul dengan Mereka . Baginda sentiasa membantu orang lain, walaupun Baginda sendiri dalam kesusahan .Baginda sangat berlemah lembut dengan isteri, anak-anak dan ahli keluarganya . Baginda tersangat sabar dan tabah apabila mengahadapi setiap cabaran dan kesusahan .

Jadi kita sebagai umat islam lebih-lebih lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. seharusnya bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. kerana terdapat banyak keistimewaan dan kelebihan yang telah Allah janjikan kepada Nabi Muhammad s.a.w..

Kategori:Uncategorized
  1. September 14, 2012 at 10:39 am

    Good day! Would you mind if I share your blog with my zynga group?
    There’s a lot of people that I think would really appreciate your content. Please let me know. Thanks

  2. Januari 14, 2013 at 9:20 pm

    Some of the companies that offer printable coupons online include Aurelio’s pizza, California pizza chicken, Bucks pizza, Breadaeux pizza, chuck E. Place sliced tomatoes and Arugula on top of the Mozzarella. You have to shake over the paddle of the openhandedly by taking use of the corn meal & then you have to put bread on the paddle ahead of mixing toppings within it.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: