AKHLAK TASAWUF

PENGENALAN

 

BIODATA TOKOH AKHLAK TELADAN

NABI MUHAMMAD S.A.W.

Nabi Muhammad s.a.w. telah dilahirkan di Makkah, Arab Saudi pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M) pada tahun gajah. Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Nabi muhammad s.a.w.  berasal dari keturunan Nabi Ismail iaitu anak kepada Nabi Ibrahim.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat (ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa’adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun.

Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

 

AKHLAK  NABI  MUHAMMAD  S.A.W.

 

Nabi Muhammad s.a.w.  adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan turunnya ayat Al-Quran iaitu dari Surah Al-Anbiya, ayat 107 :

 وما أرسلنك الا رحمة للعلمين (107)  

“Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad s.a.w.  percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerap kali ke Gua Hira’, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya.

2

Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.

Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira’, Malaikat Jibril mendatangi Nabi Muhammad s.a.w. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, “Saya tidak tahu membaca”. Jibril mengulanginya sebanyak tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah dibahagi kepada dua bentuk. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah mahupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).

Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau.

Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Rasulullah, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu kita tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.

 Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ  

“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”

خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ 

“Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)”

Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas kepada suruhan yang dilakukannya, agar kita mengikutinya.

 

Dr. Ratna Roshida Abdul Razak, pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM memetik pendapat Za’ba  yang mengatakan bahawa, ‘Antara masalah utama bangsa Melayu ialah suka mencampuradukkan ajaran Islam dengan kepercayaan lain seperti anamisme dan ajaran Hindu’. Semua ini berpunca daripada kegagalan bangsa Melayu menghayati ajaran al-Quran dan Hadis. Islam yang difahami oleh bangsa Melayu tidak mencakupi aspek kesejahteraan hidup sama ada di dunia atau akhirat.

Kita semua tahu dan  percaya semua orang Islam mengakui bahawa Nabi Muhammad mempunyai akhlak yang terpuji dan perlu dicontohi. Meskipun ada orang Barat yang melihat akhlak Nabi dari sudut lain, yang banyak memaparkan akhlak yang buruk-buruk sahaja tentang Nabi. Namun hanya kita sebagai umat islam yang benar-benar tahu bagaimana mulianya akhlak Nabi Muhammad s.a.w..

Dalam kamus Al Muhith, akhlak menurut bahasa adalah tabiat, watak, harga diri dan agama. Ia merupakan gambaran batin seseorang, yang meliputi jiwa, sifat-sifat jiwa dan makna-makna khusus dari jiwa tersebut. Jika akhlak atau moral berkaitan rapat dengan batin, maka kesan  lahirnya adalah perilaku. Akhlak yang baik akan mencerminkan perilaku yang baik  dan sebaliknya akhlak yang buruk akan mencerminkan prilaku yang buruk. Jadi, baik atau buruknya perilaku kehidupan manusia sangat tergantung pada hati yang ada di balik dadanya. Dan inilah yang menjadi modal utama bagi keutuhan sebuah bangsa. Semua ini dapat kita temui pada akhlak Rasulullah s.a.w..

 

SIKAP PEMAAF NABI MUHAMMAD S.A.W.

 

Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai sifat pemaaf yang sangat tinggi dan tidak dapat ditandingi oleh makhluk Allah yang lain.Salah satu peristiwa yang menarik bila menyentuh tentang akhlak nabi itu, apabila adanya peristiwa seorang Badwi yang kencing di masjid. Hal ini menimbulkan kemarahan orang Islam ketika itu. Tetapi nabi sendiri dengan penuh berhemah, menasihati agar mereka bersabar, malah nabi sendiri mengambil air dan membersihkan tempat yang dicemari najis itu. Jika jita hayati dan sama-sama fikirkan, tidak aka nada orang yang berpengaruh dan mulia pada zaman sekarang ini yang sanggup melakukan hal yang sama sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kerana bimbang akan dipandang hina dan rendah di sisi masyarakat. Begitulah besarnya perbezaan akhlak mulia Nabi Muhammad s.a.w. dengan umatnya yang lain.

Banyak lagi peristiwa yang menggambarkan bagaimana nabi begitu penyabar orangnya. Jika kita ingat kembali sejarah peperangan Uhud yang mengorbankan ramai umat islam, pasti kita akan mengalirkan air mata dan tidak dapat menerima serta melepaskan orang yang telah melakukan kekejaman ke atas mayat para shuhada. Meskipun peristiwa itu sudah lama berlalu, tapi kita masih tidak dapat menerima kematian begitu ramai muslimin yang berjuang untuk agama Allah ini.

Tidak hairanlah, apabila Nabi melihat jenazah bapa saudaranya Hamzah yang diperlakukan dengan kejam oleh Hendon, sampai Nabi berkata:

“Takkan pernah ada orang mengalami malapetaka seperti kau ini. Belum pernah aku menyaksikan suatu peristiwa yang begitu menimbulkan amarahku seperti kejadian ini.” Lalu katanya lagi: “Demi Allah, kalau pada suatu ketika Tuhan memberikan

kemenangan kepada kami melawan mereka, nescaya akan kubalas mereka dengan cara yang belum pernah dilakukan oleh orang Arab.”

Dalam kejadian inilah, Allah telah berfirman.  

6                                                                             

“Dan kalau kamu mengadakan pembalasan, balaslah seperti yang mereka lakukan terhadap kamu. Tetapi kalau kamu tabah hati, itulah yang paling baik bagi mereka yang berhati tabah (sabar). Dan hendaklah kau tabahkan hatimu, dan ketabahan

hatimu itu hanyalah dengan berpegang kepada Tuhan. Jangan pula engkau bersedih hati terhadap mereka, jangan engkau bersesak dada menghadapi apa yang mereka rencanakan itu.” (Qur’an, 16: 126 – 127)

Lalu Rasulullah memaafkan mereka, ditabahkannya hatinya dan ia melarang orang melakukan penganiayaan. Diselubunginya jenazah Hamzah itu dengan jubahnya lalu disembahyangkannya.

Ketika Nabi Muhammad berjaya kembali menguasai Makkah, beliau tidak mencari pembunuh bapa saudaranya untuk membalas dendam di atas penyiksaan yang dilakukan ke atas mayat bapa saudaranya Hamzah. Namun, Nabi Muhammad s.a.w. telah melakukan sebaliknya.

Ketika itu Nabi benar-benar berdiri di depan pintu Kaabah dan berkata kepada penduduk Mekkah:

“Orang-orang Quraisy. Menurut pendapat kamu, apa yang akan kuperbuat terhadap kamu sekarang?”

“Yang baik-baik. Saudara yang pemurah, sepupu yang pemurah.” jawab mereka.

“Pergilah kamu sekalian. Kamu sekarang sudah bebas!” katanya.

Dengan ucapan itu maka Nabi Muhammad s.a.w.  telah memberikan pengampunan umum (amnesti) kepada penduduk Quraisy dan seluruh masyarakat Mekkah.

Alangkah indahnya akhlak Rasulullah s.a.w. apabila beliau memberi pengampunan kepada semua orang yang dahulunya telah sama-sama berkomplot untuk membunuh dan mencederakannya. Padahal, nabi sudah mengenal pasti individu terbabit dan baginda juga mempunyai kuasa untuk menghukum orang-orang yang dahulunya telah berbuat jahat kepadanya dan sahabat serta ahli keluarganya. Inilah yang dikatakan sikap kemuliaan yang ada pada diri Rasulullah yang memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan perbuatan serta tidak dapat ditandingi oleh makhluk lain.                                                                                                 7

SIFAT-SIFAT TERPUJI BAGINDA YANG LAIN 

 

Rasulullah s.a.w. adalah insan pilihan, utusan terakhir yang diutus untuk menyampaikan risalah Ar-Rahman keseluruh alam. Baginda adalah contoh teladan yang terbaik dan sememangnya menjadi ikutan dalam kehidupan muslim pada hari ini. Keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. dibuktikan dalam Al-Quran melalui firman-Nya dalam surah al-Ahzab ayat 21 :

 

لقد كان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخر وذكر الله كثيرا (21)

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w. itu suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari Kiamat dan yang banyak mengingati Allah.”

Berdasarkan dalil yang dinyatakan di atas, dapat dibuktikan bahawa keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. telah diiktiraf oleh Allah SWT sehingga dirakamkan di dalam kitab suci al-Quran untuk dijadikan teladan mahupun “role model” kepada umat baginda dari dahulu hinggalah sekarang, kerana segala yang termaktub dalam al-Quran itu adalah kekal dan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman.

 

Petikan kenyataan “Akhlak Rasulullah adalah al-Quran” merupakan kata-kata yang diungkapkan sendiri oleh Saidatina Aisyah r.a. sebagai penghargaan dan kekaguman seorang isteri terhadap Rasul tercinta.

Akhlak Rasulullah s.a.w., diumpamakan indah bagaikan Al-Quran, ini kerana baginda adalah Rasul (utusan Allah) yang dipilih untuk menyampaikan amanat dari Tuhannya dan melaksanakan tanggungjawab menyampaikan risalah dakwah kepada seluruh alam, sehinggalah ke hari ini. Kita dapat merasakan seruan dakwah baginda dengan nikmat iman dan Islam yang menjadi tunjang akidah kita, dibuktikan lagi dengan turunnya kitab suci al-Quran yang merupakan kalam Allah dan mukjizat yang paling berharga dianugerahkan kepada baginda Rasulullah s.a.w., melalui perantaraan malaikat Jibrail, juga merupakan sumber utama perundangan Islam, di mana di dalamnya terkandung seluruh peraturan hidup yang syumul meliputi seluruh aspek kehidupan dan tetap menjadi rujukan seluruh umat manusia pada hari ini.

Akhlak Rasulullah s.a.w. seiring dan sepadan seperti mana yang digariskan oleh Allah SWT di dalam ayat-ayat-Nya, yang menjadi tatapan pada umat terdahulu dan menjadi teladan kepada umat yang kemudian. Sesungguhnya, beruntunglah umat Nabi Muhammad pada hari ini, sungguhpun tidak berada di zaman baginda, namun sunnah dan sirah baginda tetap tersemat di hati, lantaran kecintaan terhadap Allah dan Rasulnya serta beriman dan menyakini apa yang di bawa oleh baginda Rasulullah s.a.w..

Rasulullah s.a.w.adalah qudwah hasanah yang tidak dapat ditandingi lantaran peribadinya yang terpuji dan dikagumi sendiri oleh kawan mahupun lawan. Manakan tidak, Rasulullah tetap melemparkan senyuman tatkala dicaci, dihina dan dipersenda oleh musuh-musuh Islam sewaktu baginda menyampaikan risalah dakwahnya. Malahan, baginda sentiasa merendah diri, berbicara dengan lemah lembut dan untuk menarik mereka mendekati Islam.

Peribadi Rasulullah s.a.w. sungguh anggun dan menawan, sungguhpun bergelar nabi, namun baginda sedikit pun tidak menyombong dan tidak  riya’ dengan kedudukannya yang sangat mulia di sisi Allah SWT. Tidak seperti kebanyakan pemimpin pada hari ini, yang angkuh dan bongkak dengan gelaran, pangkat dan jawatannya yang hanya sementara sahaja. Baginda Rasulullah s.a.w. merupakan seorang sahabat dan teman yang setia, seorang suami yang mithali dan lembut hati, seorang bapa yang penyayang dan penyabar, seorang pemimpin yang adil, bijaksana dan berkarisma juga hamba yang wara’ dan tawadhuk serta taat kepada Allah SWT.

Keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. sesuai dengan gelaran yang di bawa, iaitu al- amin yang bermaksud yang dipercayai, dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai pembawa risalah dan memberi petunjuk dan jalan dari perkara kemungkaran kepada kema’rufan, perkara batil kepada yang haq, dan kejahilan kepada cahaya.

9

Rasullah s.a.w. diutus pada zaman Jahiliyyah di mana umat manusia pada ketika itu hidup dalam keadaan kemunduran, kejahilan, persengketaan, penindasan, porak- peranda dan saling berbunuhan. Oleh yang demikian, turunlah ayat Allah dalam Surah Ibrahim ayat 4 yang bermaksud:

“Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, agar dia dapat memberi penjelasan kepada mereka. Maka Allah menyesatkan kepada siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dia Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”

Justeru itu, perlantikan dan pemilihan baginda sebagai Rasul utusan Allah adalah membawa tanggungjawab besar untuk memperbetulkan keadaan masyarakat pada ketika itu, dan menunjukkan sinar kebenaran ke arah hidup yang diberkati Allah.

Demikianlah, besarnya peranan baginda sebagai penghulu sekalian nabi, pemimpin pejuang Islam, dan penyelamat sekalian ummat. Ini disebutkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya dalam surah Saba’ ayat 28 yang bermaksud:

“Dan tidaklah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”

Sungguhpun tanggungjawab baginda terlalu berat dan amat susah, Rasulullah tetap bersabar dan istiqamah dalam perjuangannya menyampaikan risalah dakwah hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir. Inilah bukti kasih sayang baginda terhadap umatnya. Meskipun berhadapan dengan saat ajal datang menjemput, baginda sentiasa mengingati umatnya, dengan kata-kata terakhir yang keluar dari mulut baginda: “Ummati, ummati, ummati…” (Umatku, umatku, umatku).

Rasulullah diutus membawa cahaya, memberi sinar pengharapan, dan menunjuk jalan kebenaran kepada seluruh umat manusia. Keperibadian baginda tidak dapat disangkal lagi, keluhuran hati baginda juga tidak dapat diragui, keikhlasan baginda tidak dapat ditandingi, dan pemergian baginda tiada lagi pengganti.

Sungguhpun kita tidak dapat menjadi sesempurna nabi, tetapi kita boleh berazam untuk memperbaiki akhlak dan peribadi kita supaya sentiasa menyerupai akhlak dan peribasi Nabi. Sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita, dan Dia sentiasa menolong hamba-Nya yang suka kepada kebaikan.

KESIMPULAN

 

Akhlak dan sirah perjalanan yang ditunjukkan oleh Rasul s.a.w  adalah sebagai contoh teladan yang dapat mendidik diri dan peribadi Muslim agar sentiasa beriman dan bertakwa,  Ini kerana setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan tingkah laku Baginda mengandungi hikmat dan sebagai huraian kepada prinsip-prinsip yang terkandung didalam Al-Quran . maka sudah tentu, setiap perkataan dan tindakan kita yang berpandukan akhlak dan sirah perjalanan Baginda, tidak akan terpesong atau tersasar dari landasan agama dan tuntutan syariat .

Di antara akhlak Baginda Rasulullah s.a.w  yang perlu dicontohi :   Baginda sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang ditemui . Baginda sangat menghormati orang-orang tua, mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak . Baginda bercakap dengan lemah lembut dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya .Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan tidak merasa terhina bergaul dengan Mereka . Baginda sentiasa membantu orang lain, walaupun Baginda sendiri dalam kesusahan .Baginda sangat berlemah lembut dengan isteri, anak-anak dan ahli keluarganya . Baginda tersangat sabar dan tabah apabila mengahadapi setiap cabaran dan kesusahan .

Jadi kita sebagai umat islam lebih-lebih lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. seharusnya bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. kerana terdapat banyak keistimewaan dan kelebihan yang telah Allah janjikan kepada Nabi Muhammad s.a.w..

 

 AKHLAK DAN TASAWUF

BAB 4 : SIFAT-SIFAT MAHMUDAH(FASAL 3 & FASAL 4)

FASAL 3 : TAQWA

 

Taqwa adalah jalan untuk dikasihi Allah

              Taqwa merupakan akhlak amali yang paling asas dalam islam.Allah s.w.t. telah menjadikan sifat taqwa kepada hambanya yang benar-benar bertaqwa sebagai salah satu jalan untuk dicintai dan dikasihi Allah s.w.t.Apabila sifat taqwa itu sudah sebati dan tetap dalam diri seseorang itu, maka dia layak diberikan gelaran muttaqin.

Sepertimana firman Allah s.w.t. di dalam surah al-imran ayat 76 yang bermaksud;”Sebenarnya barang sipa menepati janji dan bertaqwa,maka sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa”.

Pengertian Taqwa

Pengertian taqwa dari segi bahasa ialah perkataan taqwa berasal dari kata nama al-ittiqa’ yang bermaksud menjadikan dirinya terselamat dari apa yang ditakuti,atau dari kata nama “al-waqayah” dengan makna menjadikan sesuatu itu sebagai perisai atau penyelamat dari sesuatu.

Dari segi pengertian syara’ pula; taqwa ialah usaha menjaga diri dari sesuatu yang membawa kepada kecelakaan, kemurkaan atau siksaan.

Secara ringkasnya perkataan taqwa terkandung 3 unsur makna,yang pertama ialah al-quwwah yang bermaksud kekuatan.sebagaimana firman Allah di dalam surah al-a’raf ayat 171 yang bermaksud “Dan (ingatlah),ketika kami mengangkat bukit ke atas mereka seakan-akan bukit itu naungan awan dan mereka menyangka bahawa bukit itu akan jatuh menimpa mereka.Dan kami katakan kepada mereka (Allah): ‘peganglah dengan teguh apa yang telah kami berikan kepadamu, serta ingatlah selalu(dan amalkanlah) apa yang tersebut di dalamnya supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa”

 

 

 

Unsur makna yang kedua ialah al-wiqayah yang bermaksud pertahanan,keselamatan ataupun usaha keselamatan.unsur ini membawa erti bahawa manusia mempertahankan diri sendiri daripada diazab oleh Allah di akhirat kelak dengan bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Unsur makna taqwa yang ketiga ialah rasa takut.dengan adanya rasa takut dalam diri seseorang insan, maka dia akan berusaha untuk menjadi insan yang patuh dengan segala arahan dan suruhan Allah serta berusaha menjauhi segala larangan-Nya.Semua ini dilakukan dengan tujuan mendapatkan keredhaan daripada Allah dan lari daripada Azab-Nya.

Jelasnya taqwa memerlukan 5 perkara.Yang pertama ialah kekuatan dari segi rohani dan  jasmani bagi memastikan dia dapat mempertahankan diri dan hatinya dari segala perkara yang boleh merosakkan taqwanya.yang kedua ialah taqwa memerlukan perasaan takut kepada Allah sebagai Maha Pencipta seluruh alam.Dengan adanya rasa takut,maka manusia akan bertaqwa kepada Allah s.w.t.Perkara yang ketiga pula ialah perkara yang dijadikan oleh Allah untuk menakutkan hamba-Nya iaitu azab dan seksaan-Nya iaitu neraka.Seterusnya ialah jalan-jalan dan cara-cara untuk mengawal diri dari perkara yang ditakuti dengan menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.Perkara terakhir yang diperlukan taqwa ialah natijah daripada segala amal perbuatan manusia yang baik,dengan mengikut segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya iaitu nikmat syurga(al-jannah) dan keredhaan Allah.

Taqwa adalah sifat hati.jadi,secara kesimpulannya,pengertian taqwa boleh disimpulkan sebagai sifat yang tetap pada diri seseorang  yang terbentuk dari rasa khasyatullah,rasa pengabdian kepadaNya,rasa penuh tanggungjawab kepadaNya atas segala gerak laku perbuatannya yang lahir mahupun batin.

Kedudukan Taqwa

Allah telah mewasiatkan sifat taqwa kepada seluruh umat manusia sepanjang sejarah perkembangannya melalui perutusan nabi-nabi dan rasul-rasulNya untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.Perkataan wasiat kerap diulang dalam Al-Quran yang mengandungi makna betapa besar dan pentingnya ASAS TAQWA dalam pembinaan dan pembangunan hidup manusia dan tamadunnya yang sebenar dan hakiki.

Secara umumnya Allah telah mewasiatkan:

Maksudnya:”Dan sesungguhnya kami(Allah)telah mewasiatkan mereka yang didatangkan al-kitab dan juga kamu supaya bertaqwa kepada Allah”.

Kemudian Allah telah menyuruh setiap nabi dan rasulNya supaya menyampaikan wasiat itu kepada setiap umat dan kaumnya.Kepada nabi Ilyas (a.s) Allah berfirman dalam surah al-syafaat ayat 123-124 yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Ilyas benar-benar termasuk salah seorang rasul-rasul. (Ingatlah) ketika ia berkata kepada kaumnya:”Mengapa kamu tidak bertaqwa?”.

 Seterusnya Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad dalam surah al-An’am ayat 153 yang bermaksud:

Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan ( yang lain), kerana jalan-jalan itu menceraiberaikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa”.

Khusus bagi umat Nabi Muhammad, mereka dipastikan dan diwajibkan mendapat wasiat supaya bertaqwa kepada Allah menerusi khutbah pada setiap hari jumaat.

Tujuan dan Matlamat Dari Taqwa

Semua syariat dan undang-undang,ajaran dan nasihat yang telah diwasiatkan Allah adalah untuk menjadikan manusia itu bertaqwa yang menjadi asas hakiki kepada kehidupan manusia dan tamadunnya,kerana taqwalah yang membawa manusia kebahagiaan dan kesejahteraan.

Menepati dengan hakikat itu, maka kebanyakan  suruhan dan perintahNya diiringi dengan ungkapan:semoga kamu bertaqwa.

Oleh karana itulah maka Allah telah mewajibkan kita menta’ati para nabi dan rasul sebagai manusia yang benar-benar layak memandu manusia ke jalan taqwa.Kitab al-Quran itu juga hanya diterima sebagai hidayat oleh seorang yang bertaqwa.Allah juga telah menegaskan bahawa taqwalah yang menjadi ukuran sebenar tentang kemuliaan seseorang, dan menjadi ukuran kepada penerimaan Allah dari apa jua amal usaha seseorang.Maka taqwa menjadi pakaian dan hiasan serta bekalan bagi orang yang beriman.

Natijah dari semua itu maka hanya taqwa yang menjadi pembelanya atau walinya yang setia di akhirat kelak.

Bagi orang yang beriman,Allah telah menjanjikan dengan banyak keistimewaan:antaranya ialah mendapat pertolongan dan bantuan daripada Allah dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan yang baik,mendapat cahaya panduan untuk mengenal yang haq dari yang batil dan dapat memperbaiki amal perbuatan di dunia.selain itu,kita juga mendapat pelepasan atau kemudahan dalam sesuatu urusan dan dimurahkan rezaki dan dilepaskan kesusahan di dalam hidup serta mendapat limpahan berkat dari langit.

Allah juga telah menjanjikan kedudukan dan nilai yang lebih tinggi di dalam syurga dan nikmat tersebut telah digambarkan di dalam Al-Quran dalam pelbagai bentuk.Antaranya ialah nikmat syurga na’im,nikmat di taman syurga dan mata-mata airnya,pakaian dari sundus dan istaraq, bidadari Hur’lin(                ),isteri-isteri dari bidadari Hur’lin,nikmat pelbagai jenis buah-buahan,terselamat dari neraka dan gelas yang penuh dengan minuman.

Nikmat ini dijelaskan dalam al-quran surah al-qalam ayat 34 yang bermaksud “sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhan mereka”.

Namun tidak semua yang percaya adanya nikmat dan ragu dengan janji-janji yang telah termaktub dalam kitab suci Al-Quran.untuk menjelaskan keraguan dari golongan yang lemah iman maka perlulah kita sedar bahawa umat islam masih berada dalam peringkat ujian semasa hidup di dunia sebelum mereka kembali semula kepada kemenangan dan kejayaannya.Semua ini diterangkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-ankabut ayat 3.

Selain itu umat bukan islam yang dilihat kuat dan mewah adalah umat yang sengaja dibiarkan oleh Allah dengan pelbagai nikamat sehingga mereka tidak sedar bahawa hidup ini hanya sementara dan semua kemewahan itu adalah hak Allah s.w.t..Semua ini telah digambarkan oleh Allah dalam surah al-a’raf ayat 183.

Allah telah memastikan bahawa natijah terakhir pasti berpihak kepada kejayaan umat islam dan kebinasaan umat kafir.Masa ujian kepada umat islam akan terus berjalan sehingga akan berakhir dengan kemenangan, sementara ‘pembiaran’ ke atas umat kafir akan tetap berakhir begitu sahaja.Itulah yang telah dipastikan Allah dalam Al-Quran surah al-anbiya’ ayat 105 dan 106.

Taqwa Dan Iman

Iman adalah teras kepada taqwa.Sifat taqwa adalah hasil dari kemantapan iman dalam hati seorang insan.Iman yang telah menetap lama dan menyerap ke dalam hati sudah pasti akan menghasilkan keadaan hati dan rohani yang suka kepada kebaikan dan kebajikan serta membangkitkan rasa benci kepada kejahatan.Hubungan di antara taqwa dan iman telah dijelaskan dalam surah al-Hujurat ayat 7 dan 8 serta dalam beberapa ayat lain dalam al-quran.

Jalan-jalan Taqwa

Terdapat 4 jalan untuk mendapatkan ketaqwaan dan mengekalkan ketaqwaan. Jalan pertama ialah dengan tilawatul quran(membaca al-quran).Firman Allah dalam surah ali-imran ayat 138  yang bermaksud:

 “Ini adalah penjelasan bagi manusia juga menjadi petunjuk dan nasihat bagi orang yang bertaqwa”.

Ayat di atas menunjukkan bahawa membaca al-quran iaitu kefahaman tentang agama adalah jalan kepada sifat taqwa.Jadi umat islam dituntut supaya mengikut amalan para sahabat yang mengkhatamkan al-quran tidak lebih dari sebulan dan yang paling singkat ialah selama 3 hari.Jika kita tidak mampu mengikutinya,yang penting ialah kita membacanya tanpa meninggalkan walaupun sehari.Tujuan dari pembacaan itu ialah mendapatkan kefahaman melalui usaha mengamati dan memikirkan kandungan ayat-ayatnya.

Jalan kedua pula ialah Hidayah dan Mujahadah,seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam surah Muhammad ayat 17 yang bermaksud

 “Mereka yang mendapat hidayat akan ditambahi hidayat dan diberikan ketaqwaan mereka”.

Melalui hidayat akan bertambahnya hidayat dan dengan kedua-duanya akan diberikan sifat taqwa.Jalan untuk mendapat hidayat pula ialah dengan beriman kepada Allah.Namun ,untuk mendapat hidayat yang lebih tidak cukup dengan keimanan hati sahaja,tetapi perlulah kepada suatu usaha jiwa atau hati yang berat iaitu “al-mujahadah”.Mujahadah pula mestilah selaras dengan quran dan sunnah dan tidak menyimpang dari jalan yang direhai Allah.Matlamat mujahadah ialah untuk mengingati Allah,mendapat keredhaan dan dicintai Allah kerana mengingati Allah ialah roh kepada segala perintah dan suruhan Allah.Tujuan mengingati Allah pula ialah supaya dapat menghilangkan selaput kegelapan pada hati bagi mendapatkan cahaya Ilahi seterusnya menjadi mukmin yang berjaya.

Tanda-tanda kejayaan mukmin ialah seperti yang dijelaskan dalam surah al-mukminuniaitu,khusyuk dalam solat, tidak mengingati perkara yang sia-sia, menunaikan zakat, memelihara maruah dari perbuatan yang keji, menunaikan umrah dan haji, dan menjaga dan memelihara waktu sembahyang.

Jalan taqwa yang ketiga ialah ibadah puasa sepertimana yang telah dinaskan dalam surah al-baqarah ayat 183.Puasa merupakan salah satu jalan kepada sifat taqwa kerana puasa merupakan lambang perjuangan untuk mengawal hawa nafsu iaitu nafsu lapar dan nafsu jantina.matlamat yang hendak dicapai dari puasa ialah mendapatkan sifat taqwa, kerana itu ibadah puasa mempunyai nilai yang besar dalam islam.

Jalan terakhir kearah taqwa ialah menyembah dan mengabdi diri kepada Allah.Pengabdian kepada Allah mestilah menepati syarat asas dengan mengenal Allah pada zatNya, sifatNya, Asma’Nya, dan Af’alNya serta menepati segala apa yang disyariatkan seperti mana yang disampaikan oleh para rasul dan nabiNya.

 

 

Ciri-ciri Taqwa

Ibadah merupakan jalan kearah taqwa.terdapat 6 potongan ayat al-qyran yang menceritakan tentang cirri-ciri ibadah yang membawa kepada ketaqwaan.

Pertama dalam surah al-baqarah ayat 3-5 yang mengandungi 2 ciri ibadah iaitu al-salah(sembahyang) dan al-infaq secara umum.

Kedua,surah al-baqarah ayat 177 mentafsirkan bahawa taqwa itu adalah kebaikan yang berasaskan kepada iman dan ibadah al-infaq yang merangkumi infaq kepada kaum keluarga,anak-anak yatim, orang musafir, ibnu al-sabil, orang yang meminta, untuk memerdekakan hamba, ibadah soleh, ibadah zakat, menunaikan janji dan bersifat sabar atas segala hal.

Surah ali-imran ayat 15-17 pula menceritakan tentang sifat sabar,bersifat benar, patuh dan tunduk kepada Allah s.w.t., sentiasa memohon keampunan kepada Allah dan takutkan azab Allah s.w.t.

Seterusnya, ayat 33-36 surah ali-imran mengandungi ciri ibadah yang membawa kepada sifat taqwa iaitu al-infaq dengan pengertian dan kesedaran yang lebih mendalam dan ikhlas, menahan rasa marah, memaafkan orang yang melakukan kesalahan ke atasnya dan tidak kekal dalam suatu kesalahan (dosa).

Surah al-anbiya’ ayat 48 dan 49 pula menceritakan tentang rasa khasyatullah,iaitu rasa takut kepada Allah s.w.t hasil dari pengetahuannya tentang kebesaran dan keesaan Allah taala.

Yang terakhir sekali ialah surah al-dhariat ayat 16-19 yang menyatakan tentang ihsan iaitu ihsan kepada Allah dan ihsan kepada makhlukNya dalam urusan kehidupan di dunia.selain itu,kurang tidur malam kerana menunaikan ibadah sembahyang (malam),sentiasa memohon keampunan daripada Allah pada waktu jauh malam dan memberikan bantuan kewangan kepada yang meminta dan tidak berada.

Kesimpulannya adalah taqwa berteraskan keimanan dalam diri seseorang muslim.Iman yang benar akan menambahkan hidayat dan petunjuk dalam hati kepada kebaikan yang akan menghasilkan ciri sifat taqwa.Sifat taqwa adalah induk kepada segala kebaikan.Pastinya tanpa ibadah atau pengabdian maka tidak ada ketaqwaan, dan tanpa ketaqwaan tidak ada nilai kemuliaan.

 

 

 

 

FASAL 4: AMANAH

 

Amanah adalah sifat yang mulia yang harus dipunyai oleh semua orang untuk menghadapi perjuangan hidup demi mencapai matlamat dan cita-cita.Sikap amanah sangat penting dalam diri seseorang kerana dengan adanya sifat taqwa itu maka masyarakat akan menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap dirinya.Sesebuah kerajaan juga akan maju dan sejahtera jika segala jentera pentadbirannya mengamalkan sikap amanah dalam diri setiap individu.Hakikatnya,amanah adalah asas kepada ketahanan umat, asas kepada kestabilan Negara, asas kepada kekuasaan dan kehormatan, di samping menjadi asas penting keadilan.Tanpa amanah,semuanya adalah palsu sahaja.

Seruan islam kepada sifat amanah

Berdasarkan kepada hakihat amanah ini,maka islam telah menyeru dan menggalakkan umat islam supaya mengamalkan sifat amanah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-baqarah ayat 283 yang bermaksud:

Maka tunaikan oleh orang-orang yang diamanahkannya itu akan amanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya”.

Sifat amanah juga merupakan salah satu unsur kesempurnaan peribadi.Ubadah bin al-Samit meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

Berikanlah padaku 6 jaminan dari kamu ,aku menjamin syurga untuk kamu”.

Yang pertama ialah berkatalah benar apabila berbicara, yang kedua, apabila kamu berjanji hendaklah kamu tepati, ketiga, apabila kamu diberi amanah hendaklah kamu menunaikannya, keempat, hendaklah kamu menjaga mata kamu dari melihat perkara maksiat, yang kelima, hendaklah kamu memelihara kemaluan kamu, dan yang keenam ialah hendaklah kamu menahan tangan kamu dari melakukan perkara yang salah.

Sesiapa yang tiada enam sifat ini, boleh menjadikan dirinya kehilangan kemuliaan  dan menjadikan dia tergolong dalam orang-orang munafik.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.w.t. bersabda.Tanda orang munafik ialah tiga:

apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diamanahkan ia khianat”.

Orang yang khianat akan diisytiharkan di hadapan semua makhluk pada hari Pembalasan kelak, seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a. dari Nabi  s.a.w  sabdanya:

“Setelah Allah mengumpulkan semua makhluk dari awal hingga akhirnya akan dikibarkan bendera dari setiap pengkhianat lalu dikatakan : Inilah pengkhianat si polan bin si polan”.

Memandangkan batapa besarnya dosa khianat, Rasulullah sentiasa berlindung dengan Allah dari sifat khianat.

Keluasan Daerah Amanah

Amanah meliputi semua hubungan iaitu bukan sahaja yang zahir iaitu menjaga amanah, malahan juga dari segi batin iaitu mematuhi iman dan menghayatinya dengan segala yang diperlukan supaya semakin subur dan tetap subur.sebagaimana firman Allah taala:

“wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui salahnya”.

Manakala dalam pemerintahan pula, pemimpin mestilah dipilih dari individu yang bersifat amanah kerana segala kebajikan rakyat telah diserahkan kepadanya dan untuk memastikan amanah dapat dijaga, pemimpin itu mestilah tidak terpengaruh dengan hubungan peribadi dan menganggap hak semua rakyat adalah sama sahaja.

Harta dan kekayaan Negara adalah amanah yang diamanahkan di tangan pemerintah.Maka menjadi kewajipan pemerintah untuk membelanjakan harta Negara untuk kebajikan dan kemakmuran rakyat dan negaranya.

Setiap pemimpin adalah bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan pemerintah yang tidak menjalankan kerjanya dengan amanah, maka Allah akan  melaknat dirinya.

Bagi setiap individu pula, menyimpan rahsia adalah termasuk dalam daerah amanah demi ntuk memelihara hak-hak sahabat sahabat.Walaupum kita terpaksa berbohong kepada orang lain,namun rahsia atau amanah itu tidak boleh dibongkar.seseorang yang memegang amanah juga adalah orang yang memberi nasihat kepada orang lain lebih-lebih tentang perkara yang mengaibkan.

 

HUBUNGAN BERILMU DAN BERAKHLAK

PENDAHULUAN

 

       Ilmu (bahasa Inggeris:Knowledge) merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia.

        Biasanya, ilmu adalah hasil daripada kajian terhadap sesuatu perkara. Dalam hal ini, ilmu sendiri juga boleh menjadi sasaran kajian dan menghasilkan apa yang dikenali sebagai “ilmu mengenai ilmu”, yakni epistemologi.Dalam hal ini, kajian mengenai ilmu lebih dikenali sebagai sains maklumat dalam dunia kepustakawanan.

       Ilmu merupakan pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian ataupun memerlukan kefahaman.Ilmu adalah berbeza dengan maklumat iaitu sesuatu maklumat tidak bererti atau bermakna sekiranya ia tidak dapat dijadikan makna atau mendatangkan makna kepada seseorang contohnya data-data dari komputer (binary code) tidak bermakna sekiranya tidak dirangkumkan untuk dijadikan perisian yang berguna kepada manusia dan ianya hanya akan kekal sebagai data.

         Akhlak dari bahasa didefinikan sebagai moral, tabiat, perangai, adab, sifat semulajadi, watak, amalan agama, atau batin seseorang. Akhlak berasal dari bahasa arab iaitu ‘khuluqun’ yang bererti budi pekerti, perangai, tingkah laku, atau tabiat.

       Definisi ilmu akhlak menurut Prof.Omar Al Toumy Al Syaibani pula, ilmu yang mengkaji tentang hakikat perbuatan yang berakhlak, sifat kebaikan, kejahatan, kebenaran, kewajipan, kebahagiaan, hukum, dan tanggungjawab akhlak, motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak.

       Menurut Prof. Dr Ahmad Amin dalam bukunya ‘al-akhlak’ merumuskan pengertian akhlak sebagai suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh sesetengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan tujuannya yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus dibuat.                                                                                                                                     1

HUBUNGAN  DI ANTARA   ILMU  DAN  AKHLAK

 

        Ilmu dan akhlak sememangnya tidak dapat dipisahkan. Ianya mempunyai kaitan di antara satu sama lain dan mestilah seimbang untuk melahirkan individu yang sempurna.

       Perkara pertama yang perlu diambil perhatian oleh seseorang yang ingin menuntut ilmu ialah mempunyai keikhlasan niat demi untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t.. bukan untuk berbangga apabila digelarkan sebagai orang alim atau tujuan mengumpulkan harta, pangkat atau yang seumpamanya.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

“ sesiapa yang mempelajari ilmu kerana Allah, tidak mempelajari ilmu kerana inginkan harta dunia, tidak akan dia temui kecuali syurga pada hari akhirat kelak”.    (riwayat Abu Daud)

Cuma perlu diingat bahawa, jika harta, pangkat dan seumpamanya datang kepada seseorang yang alim, maka tidaklah menjadi kesalahan untuk menerima dan memanfaatkannya.

 

Ilmu  agama adalah wajib bagi selutuh umat manusia. Agama adalah asas membentuk akidah dan pembentukan akhlak. Ajaran agama memberikan kita asas nilai. Nilai amat penting bagi kita untuk mendapatkan ukuran tentang salah atau benarnya sesuatu, hak dan batil serta hukum halal dan haram. Nilai ini sangat penting bagi pembentukan cara hidup manusia. Apabila kita sudah mengenal baik buruk sesuatu, ia akan memandu hidup kita menjadi baik. Oleh itu, pendidikan agama membantu kita mempunyai nilai diri yang baik dan ia sebagai asas pembangunan akhlak.

Asas pendidikan bagi remaja mesti bermula di rumah. Di rumah sepatutnya berlaku pemindahan budaya kekeluargaan seperti bimbingan, kasih sayang, perhatian dan belaian. Ibubapa sewajarnya menjadi contoh terbaik dan harus memiliki ketrampilan keibubapaan. Anak-anak dan para remaja harus didekati dengan sabar, dibimbing dengan ikhlas dan ditegur dengan jiwa mendidik. Kalau tidak, akan berlaku proses `cicir’ yang menyebabkan tempoh sebelum aqil balighnya lompang dengan didikan yang fitrah dan tempoh remajanya yang hilang arah dan keliru.

 

2

 Peranan di rumah akan disambung di sekolah. Sekiranya bakat dan sahsiah anak-anak atau remaja terbentuk baik di rumah, sekolah hanya mengukuhkan lagi bawaan baik yang ada pada anak-anak dan remaja. Sekiranya `keciciran’ berlaku di rumah, kemungkinan hal sama di sekolah akan berterusan dan akan terus berlaku di tengah-tengah masyarakat. Oleh itu pendidikan yang berlaku di rumah dan disambung oleh pihak sekolah bakal menyediakan remaja untuk lebih bersedia menempa kecemerlangan dan mengharungi cabaran. Sekiranya `keciciran’ pula yang berlaku, remaja bakal menjadi orang dewasa yang mungkin menimbulkan beban kepada masyarakat. Hari ini cabaran pendidikan adalah amat sengit sekali. Jenis ilmu dan ketrampilan yang harus dikuasai adalah pelbagai.

Oleh itu masyarakat harus menginsafi bahawa pra syarat maju dan membangun dalam Islam ialah pembangunan terhadap diri. Diri yang membangun ialah diri yang berakhlak, sekali gus berilmu. Diri yang maju ialah diri yang menguasai ilmu Mengurus Diri dan Ilmu Mengurus Sistem. Rasulullah s.a.w. menyebutkan pada zamannya bahawa baginda menghasilkan generasi yang cemerlang berasaskan peribadi al-Quran. Dalam maksud lain ialah bagaimana Rasulullah s.a.w. mendidik mereka dengan kekuatan akidah, kehebatan peribadi, kekentalan jihad, jiwa amanah yang tinggi dan akhirnya generasi pada zamannya dan pada zaman-zaman seterusnya telah mampu membangunkan sistem contoh dan akhirnya merintis ke arah pembangunan tamadun.

Antara faktor yang menghasilkan kecemerlangan tersebut ialah kecintaan Rasulullah s.a.w., para sahabat, para tabie-tabien dan ulama-umara’-ilmuan seterusnya terhadap ilmu. Mereka juga agak terbuka untuk mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat walaupun dari sumber tamadun orang lain. Dalam masa yang sama, tradisi ilmu itu dikembangkan menjadi sumber amal. Kesan amal inilah yang melahirkan jejak-jejak peradaban yang membimbing umat manusia Barat dan Timur. Dalam masa yang sama tradisi berbincang, berbeza pandangan, menghasilkan karya-karya besar, melakukan tadabbur atau penyelidikan menjadi tradisi unggul mereka.

Pendidikan seharusnya menjadi fokus para remaja untuk menyumbang terhadap proses bina-negara dan bina-umat. Malah aspek pendidikan juga bakal menghasilkan sumber daya manusia yang berkualiti atau sebaliknya. Sekiranya pendidikan yang dilalui oleh para remaja mengisi

3

keperluan Ilmu Mengurus Diri dan Ilmu Mengurus Sistem, dewasanya para remaja nanti adalah aset dan bersifat menyumbang terhadap kemajuan dan perubahan negara dan umat. Itulah sebenarnya matlamat pendidikan yang harus dilalui oleh para remaja yang ingin cemerlang dan menyumbang.

Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al-‘Ankabuut ayat : 45 yang bermaksud :

ان الصلاة تنهى عن الفحشاء والضراء (45)

“Bahawa sesungguhnya sembahyang itu (boleh) mencegah (orang yang mendirikannya) dari

(melakukan) perkara yang keji dan mungkar (jahat)”.

 

Kedua-dua NAS yang tersebut sudah cukup untuk membuktikan betapa solat atau

sembahyang itu satu perkara yang amat penting dalam arus pendidikan anak-anak ke arah

melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, pewaris kecemerlangan dunia dan akhirat.

Kerana orang yang taat melaksanakan solat itu sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT.

Terpelihara dari dosa, maksiat dan kemungkaran. Bahkan mereka sentiasa berada di bawah

pimpinan Allah SWT kepada sifat taat, taat kepada ibu bapa, guru, juga kepada Allah SWT

dan RasulNya SAW, serta sifat-sifat terpuji seperti sabar, rajin, tekun dan sebagainya.

Seseorang yang berilmu akan sentiasa berfikir terlebih dahulu untuk melakukan sesuatu perkara sama ada perkara itu baik atau buruk kerana dia mempunyai pengetahuan untuk membezakan antara perbuatan yang baik dan buruk serta kesan yang lahir daripada perbuatan yang akan dilakukannya. Mereka juga akan memilih yang terbaik sebelum melakukan sesuatu kerana mereka tahu serta sedar bahawa setiap kelakuan, tingkah laku serta amal perbuatan manusia adalah menggambarkan hakikat hati mereka sendiri.

Selain itu, ilmu juga merupakan panduan hidup manusia untuk mengamalkan sifat-sifat terpuji dan berakhlak dengan akhlak yang baik. Ilmu mengajar manusia tatacara hidup yang sesuai dengan agama islam dan fitrah semulajadi manusia. Seseorang yang berilmu semestinya

4

mengetahui tatacara hidup yang dibenarkan di dalam islam seperti tidak melakukan kerosakan di muka bumi dan berbuat baik sesama manusia. Ini kerana manusia sememangnya menyukai perbuatan yang baik dan tidak ada seorang pun daripada manusia yang menyukai akhlak yang buruk serta diperlakukan dengan perbuatan yang tidak disukainya. Sesiapa yang menjadikan ilmu yang betul sebagai panduan hidupnya, maka dia akan sentiasa melakukan amal perbuatan yang baik dan terpuji. Manakala, sesiapa yang  menjadikan ilmu yang tidak betul dan mengikut hawa nafsu semata-mata, maka dia akan sentiasa melakukan perbuatan yang tidak disukai oleh manusia dan bertentangan dengan fitrah manusia yang sukakan kebaikan itu sendiri seperti merempit, membunuh dan bergaduh.

Orang yang berilmu turut dianggap dan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana ketinggian ilmu yang dimiliki oleh mereka berbanding mereka. Orang yang berilmu akan berfikir kesan di atas perbuatan yang dilakukannya sama ada baik atau buruk  kerana setiap perbuatan yang akan dilakukannya akan menjadi tumpuan semua orang yang mengenalinya. Oleh itu, mereka akan sentiasa berkelakuan baik kerana mereka tahu jika mereka tidak melakukan sedemikian, mereka akan dipandang rendah dan hina oleh masyarakat. Namun semua ini haruslah disertakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan ingin berdakwah kepada orang lain agar ilmu tersebut mendapat  keberkatan dari Allah s.w.t.

Seterusnya, seseorang yang mempunyai ilmu agama yang banyak juga sudah semestinya akan  mengetahui ilmu tentang junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan kehidupan serta sunnah baginda. Jika mereka benar-benar mendalami ilmu tersebut, maka sudah semestinya akan mengamalkan segala sunnah Rasulullah s.a.w. kerana mereka tahu bahawa ganjaran yang besar akan diperolehi jika mereka mengamalkan sunnah Rasulullah dan ajarannya. Mereka juga akan menjadikan sunnah dan akhlak Rasulullah sebagai panduan dan contoh teladan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian supaya mereka dapat menjaga tingkah laku seiring dengan tuntutan islam.

          Kita hendaklah menanamkan sifat berterusan dalam menuntut ilmu.Ilmu adalah lautan yang tidak mempunyai pantai dan tepian. Maka usaha menuntut dan menambahkan ilmu hendaklah berlaku secara berterusan, tidak didalangi oleh peringkat-peringkat ijazah

5

tertentu.Tambahan pula menuntut ilmu Allah tiada hadnya.Lagipun ianya hendaklah dipelajari dari peringkat kanak-kanak hinggalah sampai ke liang lahad kerana ilmu Allah sangat luas.Dalam kita mempelajari ilmu tersebut,kita hendaklah beramal dengannya agar ia sejajar dengan akhlak yang baik berdasarkan apa yang kita pelajari,kerana setiap ilmu itu akan membawa kepada kebaikan,terpulang pada  setiap individu bagaimana ia menggunakannya sama ada di jalan yang betul ataupun salah.

            Penuntut ilmu hendaklah sentiasa sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran yang merintangi perjalanannya di dalam menuntut ilmu sama ada yang bersifat fizikal mahupun spiritual. Tidak perlulah diceritakan di sini sejarah para sahabat dan ulama yang menempuh segala cabaran demi untuk menuntut ilmu.Kita semua sudah mengetahui kerana sifat sabar merupakan akhlak yang mulia dan ianya sentiasa diamalkan oleh Rasulullah SAW.Dengan adanya sifat sabar yang tertanam dalam jiwa seseorang ,maka ilmu yang dituntut itu sangatlah berharga kerana telah mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.
           Dengan ilmu yang kita ada,dapatlah kita sebarkan pada orang lain agar kita dapat berkongsi ilmu dan pendapat.Buang sifat kedekut ilmu,kerana itu merupakan akhlak yang tidak baik dan ilmu yang kita ada itu tidak mendapat keberkatan dari Allah sedangkan jika ilmu yang kita ada itu dikongsi dan disebarkan kepada orang lain maka kita akan mendapat pahala yang berterusan walaupun kita sudah tiada di dunia ini kerana ilmu tersebut telah tersebar luas dan ramai orang telah memanfaatkan ilmu yang  telah kita sebarkan itu.

 

          Ilmu yang dituntut itu hendaklah seimbang diantara  ilmu dunia dan akhirat.Jika kita tengok berdasarkan fenomena yang terjadi pada masa kini terutamanya dikalangan remaja.Mereka sangat bijak dalam pelbagai ilmu akademik seperti sains dan sebagainya,tetapi ilmu agama mereka sangat cetek.Dengan ini terjadilah keruntuhan akhlak dikalangan mereka seperti gejala sosial yang pelbagai seperti pergaulan bebas,minum arak,penzinaan,tidak menghormati golongan yang lebih tua,melawan ibu-bapa dan guru-guru serta tidak mempunyai

6

nilai akhlak yang baik.Dengan ini, ilmu yang mereka pelajari tidak mempunyai nilai dan keberkatan.Disebabkan itulah terjadi perkara yang tidak baik sedangkan kita mengetahui bahawa orang yang mempunyai ilmu yang bermanfaat akan terpancar akhlak dan peribadi yang baik.

 

                                                       

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7

AKHLAK PENUNTUT ILMU

 

         Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal dia berkata Rasulullah SAW bersabda. Tidak akan datang seseorang hamba di hari Akhirat melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara: Berkenaan  dengan umurnya ke mana yang telah dia habiskan berkenaan dengan waktu mudanya apa yang telah dia lakukan, berkenaan dengan hartanya dari mana dia perolehinya dan ke mana dia belanjakannya, dan berkenaan dengan ilmu apa yang telah perbuat dengannya.-Riwayat oleh Attabarani dengan isnad yang sohih-Dengan ini,setiap apa yang kita lakukan hendaklah disertakan dengan niat kerana Allah kerana setiap kejadian dan amalan yang kita lakukan semuanya datang dari kehendakNya.

 

          Kita juga hendaklah menjaga amanah ilmiah.Sabda Rasulullah SAW: Berilah nasihat pada ilmu, Sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya, Dan sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat – (Riwayat Attabarani). Antara yang termasuk dalam daerah amanah ilmu adalah beberapa perkara seperti menasabkan atau menyandarkan pendapat dan fikrah (buah fikiran) kepada Tuannya dan menyampaikan ilmu yang diketahui, dan tidak malu untuk mengatakan”tidak tahu” jika dia tidak mengetahuinya.

 

              Para Ilmuan yang menyedari bahawa ilmu adalah lautan yang tidak bertepi tidak akan merasa sombong dan bangga dengan apa yang ada pada mereka. Bahkan selagi bertambah ilmu di dada, semakin bertambah sifat tawadduk. Firman Allah SWT: “Tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali sedikit sahaja” (Surah al-Isra’ ayat).Ilmu Allah ibarat  lautan luasnya,apabila kite mencelup jari ke dalam laut tersebut,di hujung jari  yang basah itulah ilmu yang kita pelajari. Para ilmuan juga hendaklah merasa mulia diri  dan tidak merendahkan diri apabila berhadapan dengan pemerintah, golongan bangsawan, golongan kaya-raya dan yang seumpamanya,   Firman Allah SWT: “kekuatan itu hanyalah kepada Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang mukmin,

8

tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui” (Surah al-Munafikun ayat 8)
“Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allahlah kemuliaan itu semuanya” (Surah Fathiir ayat 10).

 

         Kita juga hendaklah beramal dengan apa yang dipelajari.Firman Allah taala ; “Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu sendiri melupakan diri (kewajiban)mu sendiri padahal kamu mambaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?” (Surah al-Baqarah ayat 44 ) .Selain itu, kita juga haruslah sentiasa berusaha untuk menyampaikan ilmu .Firman Allah taala: “Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu):”Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya”, lalu mereka melemparkan janji itu )ke belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit, Amatlah buruk tukaran yang mereka terima” (surah Ali Imran ayat 187).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

9

KESIMPULAN

 

          Ilmu yang dituntut itu hendaklah seimbang diantara  ilmu dunia dan akhirat.Jika kita tengok berdasarkan fenomena yang terjadi pada masa kini terutamanya dikalangan remaja.Mereka sangat bijak dalam pelbagai ilmu akademik seperti sains dan sebagainya,tetapi ilmu agama mereka sangat cetek.Dengan ini terjadilah keruntuhan akhlak dikalangan mereka seperti gejala sosial yang pelbagai seperti pergaulan bebas,minum arak,penzinaan,tidak menghormati golongan yang lebih tua,melawan ibu-bapa dan guru-guru serta tidak mempunyai nilai akhlak yang baik.Dengan ini, ilmu yang mereka pelajari tidak mempunyai nilai dan keberkatan.Disebabkan itulah terjadi perkara yang tidak baik sedangkan kita mengetahui bahawa orang yang mempunyai ilmu yang bermanfaat akan terpancar akhlak dan peribadi yang baik. Dengan ilmu juga,seseorang dapat mendalami hukum hakam agama  dan sekali gus mereka akan dapat menjauhi sesuatu perbuatan yang boleh meruntuhkan moral dan akhlak seseorang.

 

           Jika kita lihat dari aspek sejarah dunia juga, kita akan dapati satu contoh yang jelas sebagaimana yang telah ditunjukkan kejayaan kebangkitan revolusi Islam Iran yang dipimpin oleh seorang pemimpin agung Islam iaitu al-marhum Imam Khomeini q.s yang telah Berjaya merealisasikan ‘ Makarimul Akhlak’ yang menjadi asas perjuangan beliau.Sebagaimana firman Allah s.w.t . “Hanya yang takutkan Allah adalah daripada hamba-hambanya yang ulama”

 

           Dalam hal ini juga al-marhum q.s pernah menegaskan bahawa asas kepada ‘izzah’ (keagungan) seseorang muslim dan pemerintahan Islam terletak pada ilmu-ilmu kerohanian maknawi (akhlak). Sebagaimana al-marhum imam q.s sering menekankan betapa pentingnya ilmu akhlak bahkan mewasiatkannya dalam ucapan beliau q.s “Sesungguhnya mengambil berat mengenai ilmu-ilmu kerohanian maknawi yang diungkapkan dengan istilah ilmu akhlak dan ilmu suluk (menuju) Allah s.w.t merupakan di antara Jihad Akbar dan merupakan di antara tuntutan-tuntutan Islam.

10

Maka menjadi kewajipan adalah dengan menggariskan satu sistem ilmu akhlak yang sewajarnya bagi merealisasikan tujuan agung Islam, serta mempersiapkan tenaga pengajar yang berkemampuan  bagi mengajarkan ilmu ini dan menekankan aspek ilmu dan akhlak.

 

           Di sini jelaslah bahawa membicarakan mengenai ilmu dan akhlak adalah satu tuntutan asas Islam dan pemerintahan Islam yang sangat penting. Begitu juga menyeru dan mewujudkan ‘Budaya Akhlak Islami’ dan “Budaya Menuntut Ilmu” dalam kehidupan seharian adalah sangat penting khususnya di zaman ini yang mana keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat kita terutamanya remaja.Dengan ini kita haruslah sama-sama mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan masalah ini menjadi satu penyakit yang menular dalam kehidupan masyarakat negara kerana setiap masalah mempumyai jalan penyelesaiannya.

  1. Januari 27, 2013 at 9:02 pm

    It is the best time to make some plans for the longer term and it’s time to be happy. I have learn this post and if I may just I want to counsel you few attention-grabbing things or advice. Perhaps you could write next articles referring to this article. I desire to learn even more things approximately it!

  2. Februari 14, 2013 at 5:49 pm

    U made some excellent ideas in your blog, “AKHLAK TASAWUF Jayyidah89’s Blog”. I may wind up coming back again to ur site in the near future. Thx -Emanuel

  3. Mac 6, 2013 at 5:08 am

    Pop the battery ribbon connector out and remove the battery, again held in with a dab of glue.

    So, follow the battery power saving tips above to get the
    most bang for your buck. Mobile computing is continuously getting better with best performance, smarter processors, light weight
    and handy designs, but as we all know, the main power of the mobile computing device (weather
    it is laptop, mobile, PDA or e-book reader) resides
    in it’s battery capacity.

  4. Mac 10, 2013 at 4:06 pm

    Once you’re done checking in, you’ll probably be in the mood for some pampering.
    With her best friends by her side, she is
    ready to live out her last days as a single woman on an all-day (or all weekend) celebration.
    (Photos shot by Sandy Zimmerman during the live show.

  5. Mac 13, 2013 at 7:18 pm

    “AKHLAK TASAWUF | Jayyidah89’s Blog” Select Blinds was indeed really engaging and informative! Within the present day society that’s hard to carry out. Regards, Adriene

  6. Mac 24, 2013 at 8:44 am

    My programmer is trying to persuade me to move to .

    net from PHP. I have always disliked the idea
    because of the expenses. But he’s tryiong none the less. I’ve been using WordPress on a variety of websites for about a year
    and am anxious about switching to another platform.

    I have heard great things about blogengine.net. Is there a way I can transfer all
    my wordpress posts into it? Any help would be greatly appreciated!

  7. Mac 30, 2013 at 9:06 am

    This is a topic which is close to my heart… Thank you! Exactly
    where are your contact details though?

  8. April 11, 2013 at 10:08 am

    Amazing! Its actually awesome paragraph, I have got much clear idea about from this post.

  9. April 15, 2013 at 5:10 am

    As the admin of this web site is working, no uncertainty very quickly it will be
    well-known, due to its quality contents.

  10. April 19, 2013 at 7:42 am

    Write more, thats all I have to say. Literally, it seems
    as though you relied on the video to make your point.
    You clearly know what youre talking about, why throw away your
    intelligence on just posting videos to your weblog when you could be
    giving us something informative to read?

  11. April 24, 2013 at 12:21 pm

    Thank you for sharing your thoughts. I truly appreciate your efforts and I am waiting
    for your next post thank you once again.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: